Tuesday, 6 December 2011
BAGAIMANA MEMPERKENALKAN KONSEP PENDARABAN SEBAGAI TAMBAH BERULANG?
Aktiviti ini boleh dijalankan dengan menggunakan kaedah tunjuk cara atau kaedah lain yang sesuai.
Langkah 1 :
Murid diberikan 4 buah kotak merah yang berisi beberapa biji epal.
Langkah 2 :
Murid disoal tentang :
a) bilangan epal dalam setiap kotak.( 3, 1, 3 dan 5 biji epal)
b) jumlah kesemua epal ( 12 biji atau 3 + 1 + 3 + 5 = 12)
Langkah 3 :
Guru ketepikan kotak merah berisi epal tadi di suatu tempat.
Langkah 4 :
Guru berikan situasi lain pula dengan menggunakan kotak biru. Tetapi, kali ini dalam setiap kotak diisikan dengan 3 biji epal.
Langkah 5 :
Guru soal murid sekali lagi supaya murid dapat menghubungkan konsep iaitu :
- berapakah jumlah buah epal dalam kotak biru?
(12 biji)
- bagaimanakah kamu mendapat jumlah 12 biji?
(dengan membilang 3 + 3+ 3 +3 = 12)
Langkah 6 :
Murid diminta membandingkan susunan buah epal di dalam kotak merah dan kotak biru.
Langkah 7 :
Murid disoal tentang :
a) Apakah yang dapat kamu perhatikan tentang susunan epal dalam kotak biru dan merah?
b) Apakah perbezaannya?
c) Berapakah jumlah epal di dalam kotak merah?
d) Berapakah epal di dalam kotak biru?
Langkah 8 :
Murid diminta untuk memerhatikan kotak biru dan mengemukakan soalan tentang :
a) bilangan jumlah kotak biru kesemuanya.
b) bilangan epal dalam setiap kotak.
Langkah 9 :
Guru cuba tarik perhatian murid bahawa kotak biru tersebut boleh diwakilkan sebagai kumpulan benda melalui ransangan soalan :
a) ada berapa kumpulan buah epal semuanya?
b) ada berapa biji epal dalam setiap kumpulan?
Langkah 10 :
Guru menerangkan tentang perkaitan dengan membina ayat matematik bersama murid seperti berikut :
Langkah 11 :
Guru kukuhkan konsep murid dengan penerangan bahawa jumlah objek bersamaan dengan bilangan kumpulan didarabkan denga bilangan ahli kumpulan.
(Guru perlu beri contoh lain yang sama bentuk untuk pengukuhan).

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment