Wednesday, 7 December 2011
REKREASI MATEMATIK.
Pendekatan belajar sambil bermain. Mampu menarik minat murid. Juga, mampu membantu murid menghafal sifir secara tidak langsung. Selamat mencuba!
Tuesday, 6 December 2011
BAGAIMANA MEMPERKENALKAN KONSEP KALI ATAU GANDA UNTUK PENDARABAN?
Langkah 1 :
Guru mengemukakan soalan kepada murid:
" Nizam membeli 3 buah buku tulis. Ros pula membeli 4 kali ganda daripada jumlah buku yang dibeli Nizam. Berapakah jumlah buku yang dibeli oleh Ros?"
Langkah 2 :
Guru membimbing murid membina ayat Matematik untuk situasi di atas dengan menggunakan gambar kadbod buku tulis bersama-sama papan magnet atau papan flanel.
BUKU NIZAM
Langkah 3 :
Gunakan 3 kadbod buku tulis untuk melambangkan bilangan buku yang dimiliki oleh Nizam.
Langkah 4 : (konsep tunjuk cara / ABM kadbod gambar)
Guru meminta murid untuk menunjukkan 4 kali ganda bilangan buku tulis yang dipunyai oleh Ros dan membina ayat Matematik yang sewajarnya.
BUKU ROS
4 KALI GANDA
Langkah 5 :
Murid diminta untuk mengira bilangan buku tulis yang dibeli oleh Ros.
Langkah 6 :
Murid bilang semua buku yang dibeli Ros.
Jumlah buku yang dibeli oleh Ros :
=4 kali (buku Nizam)
= 4 x (3 buah buku)
= 4 x 3
= 12

BAGAIMANA MEMPERKENALKAN KONSEP PENDARABAN SEBAGAI TAMBAH BERULANG?
Aktiviti ini boleh dijalankan dengan menggunakan kaedah tunjuk cara atau kaedah lain yang sesuai.
Langkah 1 :
Murid diberikan 4 buah kotak merah yang berisi beberapa biji epal.
Langkah 2 :
Murid disoal tentang :
a) bilangan epal dalam setiap kotak.( 3, 1, 3 dan 5 biji epal)
b) jumlah kesemua epal ( 12 biji atau 3 + 1 + 3 + 5 = 12)
Langkah 3 :
Guru ketepikan kotak merah berisi epal tadi di suatu tempat.
Langkah 4 :
Guru berikan situasi lain pula dengan menggunakan kotak biru. Tetapi, kali ini dalam setiap kotak diisikan dengan 3 biji epal.
Langkah 5 :
Guru soal murid sekali lagi supaya murid dapat menghubungkan konsep iaitu :
- berapakah jumlah buah epal dalam kotak biru?
(12 biji)
- bagaimanakah kamu mendapat jumlah 12 biji?
(dengan membilang 3 + 3+ 3 +3 = 12)
Langkah 6 :
Murid diminta membandingkan susunan buah epal di dalam kotak merah dan kotak biru.
Langkah 7 :
Murid disoal tentang :
a) Apakah yang dapat kamu perhatikan tentang susunan epal dalam kotak biru dan merah?
b) Apakah perbezaannya?
c) Berapakah jumlah epal di dalam kotak merah?
d) Berapakah epal di dalam kotak biru?
Langkah 8 :
Murid diminta untuk memerhatikan kotak biru dan mengemukakan soalan tentang :
a) bilangan jumlah kotak biru kesemuanya.
b) bilangan epal dalam setiap kotak.
Langkah 9 :
Guru cuba tarik perhatian murid bahawa kotak biru tersebut boleh diwakilkan sebagai kumpulan benda melalui ransangan soalan :
a) ada berapa kumpulan buah epal semuanya?
b) ada berapa biji epal dalam setiap kumpulan?
Langkah 10 :
Guru menerangkan tentang perkaitan dengan membina ayat matematik bersama murid seperti berikut :
Langkah 11 :
Guru kukuhkan konsep murid dengan penerangan bahawa jumlah objek bersamaan dengan bilangan kumpulan didarabkan denga bilangan ahli kumpulan.
(Guru perlu beri contoh lain yang sama bentuk untuk pengukuhan).

Subscribe to:
Posts (Atom)