Friday, 14 October 2011
SEKAPUR SIRIH, SEULAS PINANG
Cabaran Wawasan 2020 untuk mewujudkan masyarakat saintifik, progresif dan inovatif memerlukan rakyat Malaysia yang bukan sahaja menjadi pengguna pengetahuan sains dan teknologi bahkan juga menjadi peyumbang dalam bidang tersebut. Bagaimanapun, menjelang tahun 90-an kita dihadapkan dengan isu pendidikan Matematik, iaitu tahap pencapaian yang rendah di kalangan murid sekolah rendah.
Sebagai seorang guru Matematik, saya berasa terpanggil dan secara langsung bertanggungjawab berusaha meningkatkan lagi pengetahuan, kemahiran dan penghayatan Matematik dengan penulisan blog pengajaran pengkhususan sifir ini yang diharapkan mampu menjadi kunci kejayaan dan bahan rujuk untuk diri saya mahupun para pendidik yang lain.
Semoga segala usaha yang dicurahkan dalam penghasilan blog ini akan dibalas dengan kecemerlangan anak bangsa dalam pendidikan Matematik bagi meneruskan agenda negara.